Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Sang Penyu Tidak Mahu Putih Mata

  • Published in Sukan

Terengganu - Menjelang perlawanan Terengganu menentang Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam ini, Sang Penyu tidak mahu lagi berputih mata di laman sendiri akan cuba mengekang Bos Gaurus seterusnya mencatat tiga mata. 

Memperbaiki kelemahan bagi mengutip mata dalam  perlawanan menjadi agenda utama Sang Penyu ini. 

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Mike Mulvey, masih gagal membawa perubahan kepada persembahan Terengganu. 

Menurut Mulvey yang ditemui ketika sesi latihan, tiada  perubahan posisi pemain menentang Perak malam ini, cuma apa yang diharapkan pemain membuktikan kemahiran masing-masing untuk memberi keyakinan kepada pengurusan persatuan dan kerajaan negeri. 

Beberapa hari lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT mengadakan pertemuan Mike Mulvey dan pemain bagi membincangkan prestasi skuad Penyu yang mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada FELDA United dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Super. 

Kemerosotan pasukan tersebut turut mengundang rasa tidak puas hati kerajaan negeri yang memberi amaran terakhir kepada pasukan itu bangkit bertemu Perak, malam ini. 

Dalam tujuh perlawanan, Terengganu kini mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan dan empat kali kalah serta berada di kedudukan kelapan liga.