Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Apr 21, 2019

Skuad Lelaki Negara Muncul Naib Juara Piala Dunia Dodgeball 2016

  • Published in Sukan

 

Manchester - Skuad lelaki negara mencipta kejutan apabila muncul naib juara kejohanan Piala Dunia Dodgeball 2016, yang berlangsung di Manchester, England.

Skuad negara yang tampil buat pertama kali di kejohanan itu, tunduk kepada tuan rumah 3-14 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Bola Keranjang Nasional Manchester.

Kejayaan tersebut sekali gus menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mencabar skuad negara untuk mencipta kejutan pada penampilan sulung mereka di kejohanan peringkat dunia itu.

Malaysia antara lapan pasukan dalam kategori lelaki dan wanita dari 35 negara yang bernaung di bawah Persatuan Dodgeball Dunia (WDA), beraksi di Piala Dunia itu, yang diadakan setiap tahun.

Dodgeball merupakan permainan yang hampir sama seperti 'bola beracun', di mana pemain dari dua pasukan akan berusaha mematikan pemain lawan dengan menggunakan bola, di samping mengelak daripada terkena bola yang dibaling lawan.

Skuad negara mara ke final selepas menewaskan Wales 10-9 di separuh akhir.