Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

BAM Tentukan Pemain Ke Kunshan Esok

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Persatuan Badminton Malaysia, BAM akan mengadakan mesyuarat dengan Pengarah Teknikalnya, Morten Frost Hansen serta barisan jurulatih, esok. 

Ini bagi membincangkan pelbagai perkara melibatkan persediaan skuad negara menghadapi saingan Piala Thomas di Kunshan, China 15 hingga 21 Mei depan. 

Antara yang mungkin disentuh, senarai akhir pemain yang bakal membawa cabaran ke kejohanan dwitahunan itu. 

Perkara itu dimaklumkan oleh Hendrawan ketika ditemui media selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara. 

Dalam saingan Piala Thomas tahun ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, Jerman dan England. 

Peluang muncul dua pasukan terbaik kumpulan tinggi dengan Korea dijangka menjadi ancaman utama untuk merebut tempat sebagai juara dan naib juara kumpulan. 

Dua tahun lalu di New Delhi, India, skuad lelaki negara mencipta kejutan apabila mara ke aksi final sebelum tewas 2-3 kepada Jepun.