Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2019

Piala FA - Kedah Atasi JDT 2-1

  • Published in Sukan

 

Alor Setar  - Kedah melakukan kejutan apabila mengatasi juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman semalam.

Penyerang berbisa, Sandro da Silva dari Brazil, menghadiakan gol kemenangan Kedah pada minit ke-44 untuk membantu skuad 'Lang Merah' itu membawa bekalan tipis pada aksi kedua di gelanggang lawan, 30 April ini.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe terlebih dahulu mencipta gerun buat JDT selepas Mohd Farhan Roslan menyempurnakan hantaran Bang Seunghwan untuk mengalahkan penjaga gol, Farizal Marlias pada minit ke-14.

Bagaimanapun, barisan serangan JDT diperkuatkan dengan tenaga pemain import, berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Juan Martin Lucero selepas menerima hantaran pendek dari Jorge Pererya Diaz pada minit ke-27.