Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

Skuad Lang Merah Akan Berdepan JDT Malam Esok

  • Published in Sukan

Jitra - Menjelang separuh akhir superbest power Piala FA malam esok, tiada perkara mustahil dalam bola sepak dan Kedah perlu cari bekalan selesa

di Darulaman. 

Itu tugas berat yang menanti skuad Lang Merah yang akan berdepan JDT malam esok. 

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah KFA, Datuk Aminuddin Omar optimis anak-anak buah ketua jurulatih Tan Cheng Hoe mampumengekang asakan pemain bintang JDT. 

Beliau turut mengingatkan pemain supaya bersungguh-sungguh untuk menang dengan bekalan yang selesa dan berdisiplin sepanjang 90 minit di padang. 

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat Negeri Kedah BARAKAH di Jitra. 

Sokongan padu ribuan penyokong hijau kuning turut ditagih bagi memberikan semangat yang pasu kepada pemain. 

Dianggarkan lebih 45 ribu penyokong akan memenuhi Stadium Darulaman, bagi menyaksikan pertembungan yang dinanti-nantikan jaguh utara dan selatan.