Thursday, February 21, 2019
vital-top
updated 1:31 PM UTC, Feb 21, 2019

Tenis Morte Carlo - Andy Murray Ketuai Pemain Pilihan Ke Suku Akhir

  • Published in Sukan

Monte Carlo - Ketika pemain pilihan utama Novak Djokovic tersingkir awal, Andy Murray mengetuai pemain pilihan mara ke suku akhir. 

Andy Murray yang diletakkan sebagai pilihan ketiga dilihat mampu memanfaatkan ketiadaan Djokovic untuk mencipta kejutan di kejohanan ini. 

Namun laluannya tidak semudah disangka. 

Murray diheret oleh lawannya dari Perancis, Benoit Paire dalam saingan tiga set selama dua jam 34 minit sebelum menang 2-6 7-5 7-5. 

Murray akan berdepan dengan Milos Roanic di suku akhir. 

Pemain Montenegro kelahiran Kanada ini menewaskan pemain Bosnia, Damir Dzumhur dipusingan ketiga. 

Hanya terlepas satu mata, Roanic berjaya menguasai gelanggang dengan baiknya untuk memberi tentangan sengit kepada Dzumhur yang sebelum ini menyingkirkan pilihan keenam, Tomas Berdych. 

Selepas penentuan tie break di set ketiga, Roanic menang  6-3 4-6 7-6 untuk mengulangi pertemuan separuh akhir Terbuka Australia dengan Andy Murray.