Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Kerajaan Negeri Terengganu Beri Amaran Kepada PBSNT

  • Published in Sukan

Kuala Terengganu - Susulan kemerosotan prestasi  pasukan Terengganu dalam persaingan Liga Super dengan hanya dua kemenangan dalam tujuh perlawanan. 

Kerajaan Negeri Terengganu selaku penyumbang terbesar penajaan kewangan Sang Penyu memberi amaran keras kepada Persatuan Bola Sepak Negeri PBSNT agar mencari jalan penyelesaian terbaik sebelum menjadi lebih parah. 

Peluang terakhir PBSNT adalah pertemuan dengan Sang Penyu dan Perak pada 19 April depan. 

Tegas Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato' Rozi Mamat, jika perlawanan bertemu Perak Selasa depan menunjukkan prestasi serta mutu permainan di takuk yang sama, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengarahkan PBSNT dibawah terajui Presidennya, Dato' Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid untuk mengadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa. 

Amaran keras tersebut dinyatakan Dato' Rozi tengahri tadi sejurus selesai menghadiri mesyuarat EXCO yang dipengerusikan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. 

Menurut Dato' Rozi, bukan hasrat kerajaan negeri untuk campur tangan dalam soal pengurusan persatuan, akan tetapi menjadi tanggungjawab beliau selaku pemegang amanah. 

Sementara itu, Dato' Rozi turut menafikan pasukan Terengganu FC dua, atau T-Team akan mengambil alih peranan selaku skuad utama negeri jika prestasi skuad abang, Terengganu terus merudum. 

Ini kerana sasaran bagi skuad The Titans yang dibarisi pemain muda untuk mencipta kegemilangan dalam kancah saingan bola sepak tempatan adalah pada tahun 2018.