Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

Hoki - Malaysia Berjaya Kutip Tiga Mata

  • Published in Sukan

Ipoh - Hasil kesungguhan yang dipamerkan anak buah Stephen Van Huizen,Malaysia berjaya mencuri tiga mata penuh ketika menentang Pakistan dalam aksi Piala Sultan Azlan Shah, malam tadi.    

Speedy Tigers berjaya bermain konsisten untuk mengekang Pakistan dan mencatat kemenangan 1-0 untuk menduduki tangga keempat dengan lapan mata. 

Dalam perlawanan tersebut, jaringan Malaysia diperoleh menerusi kapten, Razie Rahim seawal minit ketiga hasil pukulan sudut penalti. 

Memasuki suku kedua, jentera Pakistan melancarkan beberapa percubaan untuk menyamakan kedudukan. 

Peluang terbaik diperoleh Pakistan pada minit ke-33 menerusi Ajaz Ahmad apabila berjaya meloloskan diri daripada pertahanan namun dihalang Hafizuddin Othman. 

Tekanan seakan dapat dilihat pada raut wajah anak-anak buah Muhammad Junaid Khawaja yang terpaksa menahan asakan bertali arus Malaysia. 

Sehingga tamat perlawanan, Malaysia-1, Pakistan-0. 

Sementara itu, bagi Stephen Van Huizen keputusan yang dicatatkan itu amat bermakna untuk skuad negara meskipun gagal menempatkan diri dalam perlawanan akhir.