Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Impian Rangkul Emas Pada Olimpik Rio Brazil Tidak Mustahil

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Selepas berjaya menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke 11 pada Ahad,  Datuk Lee Chong Wei perlu kembali ke realiti sebenar iaitu Emas Olimpik Rio.

Jurulatihnya, Hendrawan percaya, tekanan lebih getir kini dibahunya bagi membantu Chong Wei meraih emas Olimpik.

Justeru, beliau mahu kejayaan di Terbuka Malaysia segera dilupakan dan tumpukan perhatian kearah persiapan ke Rio.

Masih mengakui tidak dapat memberikan jaminan tentang impian emas di Olimpik yang disandarkan pada Chong Wei dapat digapai ataupun tidak.

Namun dengan latihan berterusan dan fokus tinggi impian tersebut tidak mustahil direalisikan walaupun bekas pemain nombor1 dunia itu kini dimamah usia.

Hendrawan juga pernah mengingatkan Chong Wei  setelah 2 kali kecundang awal di kejohanan All England dan Terbuka India awal tahun lalu.

Inilah masanya untuk beliau kembali bangkit di Kejohanan Terbuka Malaysia kerana ia akan turut menjadi penanda aras mengenai prestasi semasanya.

Hendrawan ditemui di Stadium Malawati Shah Alam selepas kejayaan Chong Wei merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali ke 11.