Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

Hoki - India Ke Tangga Ketiga

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - India melonjak ketangga ketiga selepas menundukkan Kanada 3-1. 

India mengejutkan Kanada seawal minit ketiga perlawanan selepas Thimmaiah Chandanda meletakkan India di depan 1-0 menerusi gol padang. 

Kanada kembali menyamakan kedudukan juga menerusi gol padang hasil sentuhan Pereira Keegan pada minit ke 23. 

Anak-anak buah Khandker Tushar kembali mendahului apabila Singh Harmanpreet menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti. 

Kanada cuba mengasak namun sebaliknya berlaku apabila India memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Singh Talwinder pada pukulan sudut penalti minit ke-57. 

Kedudukan India 3, Kanada 1 kekal hingga tamat perlawanan sekaligus melonjakkan India ketangga ketiga dengan 6 mata manakala Kanada ditangga keempat dengan 4 mata.