Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 2:41 PM UTC, Apr 18, 2019

KFA Kutuk Tindakan Penyokong

  • Published in Sukan

Persatuan Bolasepak Kedah, KFA mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir penyokong yang bertindak membaling batu ke arah bas yang membawa pemain dan pegawai pasukan Pulau Pinang selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Aman, malam semalam. 

Naib Presiden KFA, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, tindakan segelintir kecil individu berkenaan telah mencalar imej baik penyokong Hijau Kuning dan berharap individu terbabit menerima hukuman setimpal. 

Bercakap kepada pemberita di Kuala Nerang, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengharamkanindividu tidak bertanggungjawab itu daripada memasuki stadium darul aman selepas ini. 

Sambil memohon maaf kepada Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, PFA, Datuk Badrol Hisham berkata, insiden tersebut berlaku di luar kawalan unit keselamatan tuan rumah iaitu diluar dari perkarangan Stadium Darul Aman. 

Dalam kejadian malam Sabtu, cermin bas milik PFA pecah manakala tangan Jurulatih penjaga gol Pulau Pinang, Maquinshop Domingues Prep di dakwa cedera. 

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Setar berhubung insiden berkenaan.