Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2019

Chong Wei Raih Kejuaraan Ke-11 Terbuka Malaysia

  • Published in Sukan

 

Shah Alam -  Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei menambah koleksi kejuaraan ke-11 kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Stadium Malawati.

Chong Wei yang juga pilihan kedua kejohanan, menguasai set pertama dengan mengalahkan pemain nombor satu dunia, Chen Long 21-13 pada perlawanan akhir tersebut.

Laungan 'Lee Chong Wei' oleh hampir 10,000 penyokong tempatan terus membakar semangat pemain nombor empat dunia itu untuk tampil lebih agresif pada set kedua.

Chong Wei terus mempamerkan ketangkasannya untuk meninggalkan pemain dari China itu 11-3, sebelum memenangi set kedua 21-8.

Chong Wei memenangi kejohanan berkenaan pada 2004-2006 dan 2008-2014.