Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Chong Wei Ke Peringkat Akhir Terbuka Malaysia

  • Published in Sukan

 

Shah Alam  - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei selangkah lagi untuk meraih kejuaraan ke-11 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila mara ke perlawanan akhir saingan itu.

Chong Wei menempah slot ke pentas akhir selepas mencatat kemenangan mudah 21-7, 21-14 ke atas pemain nombor lima dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark pada aksi separuh akhir berlangsung selama 35 minit di Stadium Malawati.

Pilihan kedua kejohanan itu akan berdepan jaguh China, Chen Long, yang juga pemain nombor satu dunia, pada perlawanan akhir, esok.

Chen Long mara ke pentas final selepas terpaksa berhempas pulas menewaskan pemain muda Indonesia, Jonatan Christie 8-21, 21-19 dan 21-14 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Untuk rekod 23 pertemuan, Chong Wei memenangi 11 perlawanan manakala Chen Long berkelebihan satu kemenangan.