Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

Hoki - Malaysia Tewaskan Jepun 4-3

  • Published in Sukan

Ipoh - Malaysia meneruskan kempen kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 dengan langkah kanan selepas mengalahkan Japan 4-3 di Stadium Hoki Azlan Shah Ipoh, malam tadi. 

Malaysia tidak menunggu lama untuk mendahului apabila membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi ketua pasukan, Razie Rahim hasil pukulan sudut penalti. 

Bagaimanapun, kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama apabila Japan menyamakan kedudukan juga hasil daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan Kenji Kitazato, satu minit kemudian. 

Razie Rahim kembali meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-11 dan Haziq Samsul pada minit ke-15, menjadikan kedudukan 3-1 sebaik tamat suku pertama perlawanan. 

Masuk separuh masa kedua, skuad bimbingan Stephen Van Huizen meneruskan kemaraan dengan tambahan jaringan pada minit ke-32 oleh Fitri Saari. 

Jentera Japan bagaimanapun terus mengasak benteng pertahanan Malaysia untuk merapatkan jaringan dan berjaya diperoleh menerusi Shota Yamada pada minit ke-54 dan ke-59 perlawanan. 

Tamat perlawanan, Malaysia 4 Japan 3. 

Sabtu ini, Malaysia dijadual menentang Australia manakala Japan bertemu Kanada.