Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Apr 21, 2019

Pemain Muda Negara Tunjuk Prestasi Yang Baik - Wong Choon Hann

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Bekas jaguh badminton perseorangan negara, Wong Choon Hann secara peribadi menyifatkan pemain muda negara telah menunjukkan prestasi yang baik dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2016.    

Jika usaha keras dan tumpuan terus diberikan, pemain muda ini mampu untuk sekurang-kurangnya menyaingi pencapaian pemain badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei. 

Walaupun mengakui masih banyak lagi yang perlu dilakukan, beliau melihat pemain muda negara sudah menunjukkan petanda jurang perbezaan prestasi di antara mereka dan Chong Wei semakin mengecil. 

Choon Han ditemui media selepas menyertai program Hari Kesihatan 2016 anjuran AmMetLife di SJKC St Teresa , Brickfields. 

Program melibatkan pelajar tahun 4, 5 dan 6, melibatkan aktiviti yang mendidik kepentingan menjaga kesihatan selain memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.