Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:44 AM UTC, Apr 19, 2019

JDT Kembali Ke Puncak Liga Super

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menerajui kedudukan teratas selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perak 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengumpul 16 mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Selangor pula kekal di tangga ketiga liga selepas seri 2-2 dengan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Terengganu FC II kembali meraih kemenangan selepas mengalahkan Kelantan 4-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, jaringan J.Partiban pada masa kecederaan babak kedua menyaksikan Sarawak meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang FC yang dilatih bekas jurulatih skuad Harimau Muda, Mohd Razip Ismail terus dirundung malang selepas tewas 0-2 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).