Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Khairul Idham Harap Kekal Rentak Kemenangan Pada Pusingan Ketiga

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Khairul Idham Pawi berharap mampu mengekalkan rentak kemenangan diraihnya di Grand Prix Argentina Ahad lalu apabila bakal berentap pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Dunia di GP Amerika Syarikat hujung minggu ini.

Pelumba Honda Team Asia berusia 17 tahun itu muncul pemenang kelas Moto3 di Sirkit Termas de Rio Hondo, Ahad lalu sekali gus muncul pelumba Malaysia pertama mencipta nama dalam perlumbaan berkelas dunia itu.

Kajayaannya itu jelas membanggakan negara dan mendapat reaksi positif.

Tuan badan, Khairul Idham jelas terharu dengan sokongan padu rakyat Malaysia yang menyokongnya.