Thursday, February 21, 2019
vital-top
updated 1:31 PM UTC, Feb 21, 2019

Jin Wei Rangkul Gelaran Antarabangsa Pertama Musim Ini

  • Published in Sukan

Pemain muda badminton negara berusia 16 tahun, Goh Jin Wei,  merangkul gelaran antarabangsa ke-3 di pentas senior. 

Terbaharu, Jin Wei menjuarai Siri Antarabangsa Orleans di Perancis. 

Dalam perlawanan akhir, beliau mempamerkan kebangkitan luar biasa, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan pemain Indonesia Fitriani Fitriani. 

Jin Wei menang 15-21, 21-10, 21-7. 

Sebelum ini, beliau turut menjuarai Cabaran Antarabangsa Belgium dan Siri Antarabangsa Vietnam, tahun lalu.