Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Moto3 - Penunggang Malaysia Lakar Sejarah, Muncul Juara

  • Published in Sukan

Argentina - Penunggang Malaysia Khairul Idham Pawi melakukan kejutan apabila muncul juara Moto3 saingan Grand Prix Argentina. 

Membuat penampilan ke-3, Khairul, 17 tahun yang menunggang jentera Honda  menguasai perlumbaan di atas trek basah. 

Beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan 41 minit 35.452 saat, kelebihan 26.17 saat, mengatasi rakan sepasukan,Jorge Navarro dari Sepanyol dan pelumba Afrika Selatan mewakili KTM, Brad Binder. 

Khairul, rakyat Malaysia pertama yang memenangi perlumbaan Grand Prix. 

Dengan kemenangan itu, Khairul mengumpul 25 mata, untuk berada di kedudukan ke-4 keseluruhan dalam senarai pungutan mata.