Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Kedah, PKNS FC, Perak Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur  - Juara tiga kali Piala FA, Kedah, PKNS FC dan Perak mara ke separuh akhir setelah berakhir perlawanan suku akhir kedua.

Kedah seri 1-1 menentang Sabah dalam aksi timbal balik di Stadium Darul Aman, Alor Setar, namun mara ke separuh akhir menerusi agregat 3-2.

PKNS FC pula menang tipis 3-2 ke atas Sime Darby FC di Stadium Hang Jebat, Melaka, sekali gus mara ke separuh akhir dengan agregat 7-2.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, juara dua kali Piala FA, Perak menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur untuk mara ke separuh akhir dengan agregat 2-0.

Kedah menanti pemenang perlawanan suku akhir kedua di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu.

PKNS FC pula akan berdepan Perak pada satu lagi aksi separuh akhir yang menggunakan format timbal balik pada 15 dan 16 April (separuh akhir pertama), sebelum aksi timbal balik pada 29 dan 30 April.