Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2019

Jason Day Rangkul Kejuaraan Kali Kedua

  • Published in Sukan

Texas - Pemain dari Australia, Jason Day muncul juara World Golf Matchplay Championship pada Ahad selepas menumpaskan Louis Oosthuizen 5 and 4. 

Ini bermakna, Day kembali merampas kedudukan no.1 dunia daripada Jordan Spieth. 

Sebelum itu, Oosthuizen mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan pemain Sepanyol, Rafael Cabrera-Bello 4 and 3. 

Jason Day pula terpaksa mempamer aksi terbaiknya ketika menumpaskan pemain no.3 dunia, Rory McIlroy pada lubang terakhir. 

Kedua-dua pemain saling bertukar tampuk pendahulu sebanyak 7 kali. 

Namun, Day lebih bernasib baik apabila menyelamatkan par pada lubang terakhir untuk kemenangan 1up. 

Dalam perlawanan akhir, Day bermula dengan birdie lubang ketiga untuk mendahului Oosthuizen. 

Pemain berasal dari Australia itu terus didepan dengan 3up selepas 9 lubang dan hanya menutup perlawanan pada lubang 14 untuk kemenangan 5 and 4. 

Ini merupakan kemenangan kedua Day dalam kejohanan matchplay WGC.