Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

Beregu Campuran Malaysia Rangkul Gelaran Terbuka NZ

  • Published in Sukan

 

Auckland - Beregu campuran negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon merangkul gelaran pertama mereka pada tahun ini selepas muncul juara Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka New Zealand.

Gandingan emas Sukan Asia 2010 itu menundukkan gandingan Zheng Siwei/Li Yinhui dari China dalam straight set 21-19 dan 22-20 dalam pertarungan sengit selama 45 minit.

Gelaran itu bakal meningkatkan keyakinan pasangan itu untuk memenuhi impian melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 pada Ogos.

"Ini merupakan tahun Olimpik dan ia meningkatkan keyakinan kami untuk menghadapi kejohanan akan datang, terutamanya Rio. Kami tidak membuat banyak persediaan bagi kejohanan ini tetapi kami menganalisis lawan kami dan cuba sebaik mungkin untuk tidak memberikan mata mudah.

"Saya membuat beberapa kesilapan tidak sepatutnya tetapi nasib baik kami tidak dihukum untuk itu. Mereka mempunyai kelebihan kerana masih muda dan tangkas, jadi kami terpaksa gunakan pengalaman kami untuk menang," kata Liu Ying  berkata demikian selepas perlawanan itu.