Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Bola Jaring Remaja Kebangsaan Disertai 10 Buah Negeri

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan musim 2016 ,  berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara disertai oleh 10 buah negeri termasuk juara bertahan Selangor.  
 
Kejohanan yang akan berakhir Ahad ini, turut menjadi medan membentuk pasukan kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Remaja Asia di Bangkok, Thailand.
  
Timbalan Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia,  Dato' Shahaniza Shamsuddin menjelaskan kejohanan ini menjadi  platform penting bagi mengenal pasti pemain yang akan dibawa  beraksi di Kejohanan Remaja Asia di Bangkok pada bulan Ogos tahun ini.

Selain itu, pasukan negara pernah memenangi Kejohanan Asia sebanyak enam kali sebelum ini.

Beliau berkata, dalam masa sama skuad senior kini sedang giat menjalani bagi persediaan menghadapi Kejohanan Bola Jaring Dunia di Botswana tahun 2017.