Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Pasukan Bola Sepak Skuad B-22 Malaysia Tewaskan Filipina 4-1

  • Published in Sukan

Seremban - Pasukan Skuad Bawah 22 tahun Malaysia beraksi cemerlang menentang Filipina dalam Perlawanan Persahabatan dengan keputusan 4-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Tidak sampai 18 minit perlawanan, Malaysia mendahului menerusi Muhammad Arif Farhan Md Isa.

Skuad Bawah 22 tahun yang merupakan Skuad Projek Sukan SEA 2017 sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke-29 kali ini menerusi S. Kumaahran selepas dia mudah menolak masuk hantaran lintang Nur Syamir Iszuan.

Babak kedua perlawanan menyaksikan, N. Thanabalan menjaringkan gol ketiga Malaysia melalui tandukan hasil hantaran lintang Muhammad Arif Farhan Md Isa pada minit ke-64.

Akibat mengasari pemain Filipina, Muhd zhafri Muhd Firdaus Chew dilayangkan kad kuning pada minit ke-40.

Filipina dihadiahkan sepakan penalti dengan James Ivan mudah menewaskan penjaga gol gantian, Amierul Hakim Awang pada minit ke- 72.

Malaysia menambah gol keempat melalui Mohammad Farhan Roslan pada minit ke -75.

Perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia 4 - Filipina 1.

Skuad Bawah 22 tahun Malaysia akan menentang Nepal di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 27 Mac ini.