Wednesday, April 24, 2019
vital-top
updated 3:28 PM UTC, Apr 24, 2019

Piala Thomas/Uber 2016 - Skuad Negara Bakal Hadapi Cabaran Sukar

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Skuad badminton negara berdepan laluan agak sukar dalam undian Piala Thomas dan Uber. 

Korea Selatan menjadi penghalang utama skuad lelaki sementara skuad wanita diundi bersama pasukan China. 

Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, England dan Jerman untuk Piala Thomas. 

Skuad negara berada di rangking keenam BWF dilihat perlu menewaskan Korea Selatan untuk menjuarai Kumpulan C. 

Hanya dua pasukan dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati. 

Malaysia pernah menjuarai Piala Thomas sebanyak lima kali pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.