Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Borneo Eagles Juara Kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo 7s

  • Published in Sukan

 

Sandakan - Pasukan Borneo Eagles berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Antarabangsa Tujuh Borneo pada perlawanan akhir di Kelab Ragbi Eagles Sandakan.

Borneo Eagles menewaskan pasukan Hong Kong Dragon dengan kutipan mata 21 berbalas 7.

Kemenangan itu membolehkan Borneo Eagles membawa pulang hadiah kejohanan termasuk wang tunai US$12,500 yang disampaikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Masiung Banah.

Turut hadir Pengerusi penganjur kejohanan, Velayuthan Tan.

Dalam perlawanan separuh akhir, Borneo Eagles menewaskan pasukan Singapura 7s dengan kutipan mata 45-0 manakala Hong Kong Drogan menewaskan Kelab Ragbi Panther Blowpipes dengan 19 mata berbalas 14.

Bagi perlawanan akhir kategori Plate, Charis Rugby Sevens menewaskan Paly Pirates dengan 28 mata berbalas 17.

Perlawanan akhir kategori Bowl dimenangi oleh Sabah Eagles yang mengalahkan Belgium Barbarians dengan 26 mata berbalas 12.