Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

PKNS FC Selangkah Ke Separuh Akhir Piala FA

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur - Pasukan Liga Perdana, PKNS FC, hampir pasti ke separuh akhir Piala FA selepas menang selesa 4-0 ke atas Sime Darby FC pada aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam.

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), pula mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka hasil sepakan penalti disempurnakan penyerang import dari Argentina, Juan Martin Lucero.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan Perak menang tipis 1-0 hasil gol sendiri pertahanan Kuala Lumpur, Helmi Remeli pada minit ketujuh.

Untuk rekod, juara tiga kali Piala FA, Kedah, mengalahkan Sabah 2-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu.