Thursday, February 21, 2019
vital-top
updated 1:31 PM UTC, Feb 21, 2019

JDT Mahu Kekalkan Momentum Kemenangan

  • Published in Sukan

Juara bertahan Piala AFC, Johor Darul Takzim, JDT pasang impian kekalkan momentum kemenangan apabila menanti kunjungan kelab Laos, Lao Toyota malam ini. 

Harimau Selatan kini mendahului dengan enam mata dan jika berjaya mencatat tiga mata bakal mencerahkan laluan untuk layak ke pusingan kalah mati lebih awal. 

Jurulatih JDT, Mario Gomez menetapkan sasaran kemenangan di laman sendiri. 

Satu lagi perlawanan kumpulan H esok antara Ayeyawady dari Myanmar melayan kunjungan Bengaluru dari India.