Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Apr 21, 2019

Penangguhan Super Siri Istaf 2016 Tidak Jejas Perancangan Skuad Kebangsaan - PSM

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail menolak telahan mengatakan bahawa penangguhan Super Siri Istaf Bangkok 2016 menjejaskan perancangan skuad kebangsaan.    

Datuk Ahmad sebaliknya berkata, penangguhan tersebut sesuatu yang baik kerana memberi lebih banyak ruang kepada pemain menajamkan lagi kemahiran dan keyakinan terutama menghadapi tuan rumah, Thailand. 

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Ahmad turut memaklumkan seramai 100 pemain akan dibahagikan mengikut kumpulan tertentu bagi menjalani latihan pusat di kem latihan berasingan. 

Menurutnya, pemain terlibat dalam Program Podium akan berkampung di Bukit Jalil. 

Manakala selebihnya termasuk skuad senior dan pasukan elit wanita menjalani latihan pusat di Jalan Raja Muda Abdul Aziz serta di MSN Keramat. 

Dalam pada itu, Datuk Ahmad turut memaklumkan tahun ini PSM telah melakukan rombakan dan pembaharuan dalam usaha memantapkan skuad pelapis kebangsaan. 

PSM merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bagi memastikan semua pemain berada pada prestasi terbaik.