Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Aksi Kejohanan Boling Terbuka Antara Negeri 2016

  • Published in Sukan

Pemain kebangsaan, Rafiq Ismail dan rakan sepelatih Timmy Tan menambah koleksi pingat pada hari kedua selepas muncul juara kategori  beregu lelaki. 

Pasangan dari Kuala Lumpur itu mempamerkan balingan terbaik untuk merangkul tempat pertama dengan 2566 jatuhan pin. 

Rafiq dan Timmy nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menumpaskan gandingan lebih berpengalaman dari Pulau Pinang, Andrian Ang dan Mohamad Faiz Shahrud. 

Timmy bermula garang dengan 278 dan 257 jatuhan pin pada 2 frame pertama sementara Rafiq menguasai 3 frame berikutnya untuk mendahului. 

Andrian dan Faiz ketinggalan 94 jatuhan pin di tempat kedua dan manakal tempat ketiga milik pasangan Ervin Lim Wai Mun dan Muhd Syafiq Dato Saje dari Sarawak dengan catatan 2423 jatuhan pin. 

Timmy Tan yang berusia 21 tahun pernah menjuarai acara ini pada 2013. 

Sementara Rafiq Ismail merupakan juara bertahan kategori sama tahun lalu.