Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:32 AM UTC, Apr 19, 2019

Kelab Ragbi Cobra Mahu Lahirkan Pelapis Pemain Ragbi Negara

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Untuk tahun kedua berturut-turut, Kelab Ragbi Cobra dengan kerjasama Yayasan Rakyat 1 Malaysia meneruskan usaha pembangunan Ragbi bagi melahirkan bakat-bakat pelapis ragbi negara.   

Menampilkan pasukan-pasukan ragbi terkemuka seperti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Cobra dan KL Saracen, Kejohanan Ragbi Bawah 19 tahun Cobra bakal menjadi platform terbaik mengembangkan bakat mereka. 

Bakal bermula 19 Mac ini sehingga 7 Mei, Kejohanan Ragbi Bawah 19 tahun ini dimainkan secara liga setiap hujung minggu di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, shah Alam. 

Sebagaimana matlamat edisi pertama, kejohanan masih menjadi medan pencarian bakat bagi mewakili negara untuk menyertai Kejohanan bawah 18 tahun di Singapura pada Ogos depan selain tumpuan utama, Kejohanan Ragbi Asia Divisyen utama bawah 19 tahun pada Disember nanti. 

Bagi Yayasan Rakyat 1 Malaysia, ia merupakan kerjasama yang membawa pencapaian membanggakan.