Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Datuk Ong Kim Swee Runsing

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Ketua Jurulatih Harimau Malaysia sedikit runsing ekoran jadual padat dalam Liga Malaysia yang menyukarkan beliau untuk 

mengumpul kesemua 23 pemain untuk sesi latihan pusat menjelang perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi hujung bulan ini. 

Namun itu bukan menjadi alasan untuk tidak memberikan saingan sekaligus mengembalikan maruah skuad Harimau Malaysia. 

Hanya 7 orang pemain daripada 23 orang keseluruhannya terdiri dari pemain Kelantan, Terengganu dan Pahang yang tidak terlibat dengan saingan Piala FA melapor diri untuk hari pertama sesi latihan pusat di Wisma FAM. 

Fokus hari pertama, Datuk Ong Kim Swee adalah memastikan tahap kecergasan pemain. 

Taktikal dan kesebelasan utama hanya akan diputuskan selepas menilai kesemua pemain ketika berada di Jeddah 20 Mac ini. 

Biarpun beraksi sebagai pelawat, beliau akan pastikan anak-anak buahnya tidak mengulangi kesilapan mudah yang biasa dilakukan sehingga membenarkan pasukan lawan mencuri peluang menjaringkan gol. 

Skuad Harimau Malaysia akan berlepas ke Jeddah pada 20 Mac ini bagi menghadapi saingan terakhir kelayakan menentang Arab Saudi pada 24 Mac. 

Mereka akan kembali semula ke tanah air untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Macau di Melaka pada 29 Mac.