Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Pengurus Selangor Jamin Stadium Shah Alam Mampu Siap Menjelang April

  • Published in Sukan

Shah Alam - Pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shaari memberi jaminan Stadium Shah Alam akan kembali menjadivenue tuan rumah The Red Giants awal April ini. 

Pengesahan itu dibuat selepas mengambil kira penukaran rumput yang melibatkan peruntukkan 200 ribu ringgit sudah hampir selesai. 

Jelas Amirudin, rumput baharu digunakan adalah jenis Cow Grass yang sememangnya berkualiti tinggi dan terbukti sesuai dengan iklim di Malaysia. 

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini giat menjalankan kerja pemasangan rumput baru itu.  

Namun sedikit merisaukan Amirudin adalah  cabaran cuaca kemarau  panjang yang melanda negara ketika ini yang pastinya akan membantutkan proses pertumbuhan rumput. 

Dalam perkembangan sama lampu stadium yang kini jumlah cahaya 1200 lux akan dinaikkan ke 1500 atas saranan persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Amirudin ditemui di Stadium ketika melakukan tinjauan kerja-kerja pemulihan padang. 

Stadium Shah Alam yang mampu memuatkan 80 ribu penonton ditutup sejak Disember tahun lalu selepas aksi final Piala Malaysia Kedah menentang Selangor.