Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Misi Arsenal Rangkul Gelaran Ketiga Gagal

  • Published in Sukan

London - Misi Arsenal untuk merangkul gelaran buat kali ke-3 berturut-turut tersekat di suku akhir. 

Penguasaan dua tahun Arsenal berakhir apabila juara bertahan itu tumpas 1-2 kepada Watford, sekaligus menamatkan impian The Gunner untuk muncul kelab pertama sejak Blacburn Rovers pada 1886 untuk merangkul Piala FA tiga kali berturut-turut. 

Odion Iglaho dan Adlene Guedioura muncul wira Watford. 

Ighalo membuka jaringan pada minit ke-50, diikuti jaringan Guediora 13 minit kemudian. 

Jaringan Danny Welbeck pada minit ke-88 tidak cukup untuk mencetus kebangkitan skuad kendalian Arsene Wenger. 

Ini kekalahan pertama Arsenal dalam saingan Piala FA sejak tumpas 0-1 pada pusingan kelima di tangan Blackburn Rovers pada Februari 2013.   

Arsenal mungkin menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang trofi. 

The Gunners berdepan disingkir dari Liga Juara Eropah kecuali mengatasi defisit dua gol, apabila menentang Barcelona minggu ini. 

Bagi perebutan Liga Perdana Inggeris pula, Arsenal ketinggalan 8 mata kepada pendahulu, Leicester City, dengan berbaki sembilan perlawanan.