Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

JDT Kembali Terajui Carta Liga Super

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menerajui kedudukan teratas liga selepas menang selesa 2-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kemenangan keempat yang diraih skuad Harimau Selatan selepas lima perlawanan menyaksikan mereka mengutip 13 mata, berkelebihan satu mata ke atas pesaing terdekat, Felda United.

Sementara itu, pasukan Perak terus kempunan untuk meraih kemenangan sulung selepas lima perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini setelah seri tanpa jaringan menentang Terengganu FC II di Stadium Perak, Ipoh.

Keputusan tersebut menyaksikan Perak dan Terengganu FC II kekal di tangga kesembilan dan ke-10.

Liga Malaysia akan berehat seketika selepas ini bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Malaysia menentang Arab Saudi pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di tempat lawan pada 24 Mac sebelum bersambung pada 4 April ini.