Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2019

Pemandu Pasukan Williams Yakin Lebur Dominasi Mercedes Dan Ferrari

  • Published in Sukan

Pemandu pasukan Williams yakin mereka mampu memberikan saingan sengit terhadap dua pasukan handalan Mercedes Petronas dan Ferrari. 

Dengan jentera baharu yang lebih ringan dan bertenaga, misi tersebut tidak mustahil dapat dicapai. 

Kedua-dua pemandu Williams, Valtteri Bottas dan Felipe Massa yang selesai menjalankan ujian terhadap kentera baharu mereka di Italy berpuas hati dengan pencapaian tersebut. 

Sekaligus yakin mampu mengulangi kegemilangan pasukan itu yang diraih pada tahun 1980an dan 90an dimana memenangi kategori pengeluar sebanyak sembilan kali dan merangkul kejuaraan dunia sebanyak tujuh kali. 

Namun prestasi Williams agak merudum selepas itu apabila menamatkan saingan di kedudukan ketiga sejak dua musim lepas. 

Pada sesi ujian terakhir di Litar Catalunya minggu lalu, Williams mencatat masa kedua terpantas di belakang Mercedes. 

Begitupun, Valteri Bottas yang terkenal dengan pecutan pantasnya masih mejangkakan Lewis Hamilton sebagai pilihan ramai untuk muncul juara. 

Bottas dan rakan sepasukannya Masa bagaimanapun bertekad tidak akan memberi laluan mudah kepada Mercedes dan Ferrari musim ini. 

Pusingan pertama Formula One musim ini akan bermula dengan Grand Prix Australia di Litar Albert Park pada 20 Mac ini.