Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Apr 21, 2019

Arsenal Mara Ke Suku Akhir

  • Published in Sukan

United Kingdom - Arsenal mara ke suku akhir selepas meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas Hull City awal pagi tadi.    

Sekaligus mencerahkan peluang untuk muncul juara hatrik seleepas memenanginya pada 2014 dan 2015. 

Dalam aksi ini, The Gunners lebih banyak menguasai permainan walau turun tanpa beberapa tonggak utama yang cedera. 

Begitupun pelawat terpaksa menunggu hingga minit ke 41 untuk Olivier Giroud yang kemarau gol sejak 11 perlawanan lalu menyambar hantaran lemah ketua pasukan Hull City, David Meyler untuk diledakkan ke gawang.   

Mendahului 1-0 di babak pertama, Arsenal semakin garang selepas permainan disambung. 

20 minit sebelum tamat, Giroud sekali lagi menjadi wira apabila menyudahkan hantaran Theo Walcott dengan baik untuk meletakkan Arsenal selesa 2-0 didepan. 

Walcott yang beraksi sebagai ketua pasukan tidak ketinggalan mengecewakan penyokong tuan rumah apabila menambah jaringan ketiga enam minit berselang. 

Kemenangan bergaya The Gunners disahkan oleh Walcott minit ke 88 selepas berjaya melepasi pertahanan Hull, Alex Bruce. 

Mara ke suku akhir, anak buah Arsene Wenger yang sudah enam kali menjulang trofi FA sejak berhijrah ke Highbury pada 1996 akan berdepan Watford di Stadium KC Ahad ini.