Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Azizul Hasni Awang Setuju Sertai Program Podium ISN

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pelumba basikal kebangsaan, Azizul Hasni Awang bersetuju untuk menyertai program podium Institut Sukan Negara ISN dan Kementerian Belia dan Sukan, KBS. 

Pemenang pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Dunia UCI London kelmarin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan ISN kerana memberikan kepercayaan kepada dirinya menyertai program podium. 

Azizul menegaskan, kesempatan itu akan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan sasaran emas pertama negara di Olimpik tercapai. 

Selain Azizul, seorang lagi pelumba basikal trek negara, Fatehah Mustapa turut disenaraikan dalam program podium bersama jurulatihnya, John Beasley. 

Untuk rekod, Azizul dan Fatehah sudahpun melayakkan diri ke OIimpik Rio Ogos depan menerusi acara keirin dan pecut.