Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 2:07 PM UTC, Apr 18, 2019

Maria Sharapova Mengaku Gagal Ujian Doping

  • Published in Sukan

Los Angeles - Bintang tenis wanita dunia, Maria Sharapova mengaku gagal ujian doping pada Kejohanan Terbuka Australia Januari lalu. 

Perkembangan itu jelas sekali mengejutkan peminat tenis seluruh dunia. 

Juara Grand Slam 5 kali dan bekas pemain no.1 dunia itu mengesahkan gagal ujian doping dalam satu sidang media khas di Los Angeles. 

Sharapova berkata dia di uji positif dadah jenis Meldonium. 

Jelitawan dan model Rusia itu turut mengakui mengambil Meldonium sejak 10 tahun lalu kerana masalah kesihatan. 

Meldonium menjadi bahan terlarang bermula Januari tahun ini. 

WTA belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini. 

Sharapova ketika ini tidak beraksi kerana sedang berehat daripada kecederaan sejak Januari.