Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 3:50 PM UTC, Feb 18, 2019

Pemain Berbakat Diserap Ke Dalam Akademi FAS

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kejohanan Bola Sepak Piala Santokh Singh bawah 12 tahun akan diberi nafas baharu. 

Perkara tersebut disahkan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Shatiri Mansor yang mencadangkan kejohanan itu dijadikan program anak angkat kepada akademi bola sepak Persatuan Bola Sepak Selangor, FAS. 

Pendekatan itu membolehkan bakat-bakat yang dikesan pada Kejohanan Piala Santokh Singh dapat dikembangkan ke tahap lebih tinggi. 

Ia juga dapat membantu program pembangunan bola sepak akar umbi yang diselia FAS. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian kejohanan itu di Kota Damansara hujung minggu lalu. 

Kejohanan Piala Santokh Singh bawah 12 tahun melibatkan 48 pasukan untuk edisi ketiga ini dianjurkan bersama Sportunite dan Kelab Bola Sepak Kota Damansara. 

Syarat penyertaan ialah setiap pasukan perlu menyenaraikan dua kaum berbeza dalam pasukan masing-masing. 

Kejohanan akan berlangsung 20 Mac ini di padang awam Kota Damansara.