Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2019

Azizul Raih Gangsa Keirin Di London , Mahu Fokus Ke Olimpik Rio

  • Published in Sukan

London - Jaguh basikal trek Malaysia, Azizulhasni Awang nyata tidak menghampakan apabila merangkul pingat gangsa acara Keirin awal pagi tadi pada Kejohanan Basikal Trek Dunia . 

Ia sekaligus, meredakan kekecewaan Azizul yang gagal layak ke Olimpik acara pecut kelmarin. 

Hari terakhir Kejohanan UCI Trek Dunia didominasi pelumba tuan rumah. 

Namun, seorang pelumba Malaysia mencuri tumpuan dalam acara Keirin. 

Azizulhasni Awang yang layak ke final berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga untuk pingat gangsa biarpun nyaris melakar kejutan. 

Acara itu dimenangi pelumba Jerman, Joachim Eilers hasil keputusan photo finish. 

Edward Dawkins dari New Zealand kedua sementara Azizulhasni ketiga.