Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:52 AM UTC, Apr 19, 2019

JDT Terima RM1 Juta Kerana Muncul Juara Piala AFC 2015

  • Published in Sukan

 

Johor Baharu - Pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mendapat suntikan RM1 juta dari kerajaan pusat atas kejayaannya meraih kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sumbangan tersebut adalah sebagai penghargaan di atas kejayaan JDT yang berjaya mencatat sejarah.

"Tujuan sumbangan tersebut adalah sebagai satu penghargaan di atas kejayaan yang cemerlang oleh pasukan JDT," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor di Galleria@Kotaraya.

Terdahulu, Datuk Seri Najib menyampaikan sumbangan berbentuk cek daripada kerajaan pusat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim di majlis perasmian projek hartanah Forest City.

Projek hartanah itu dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

JDT muncul kelab pertama Malaysia dan juga pertama di Asia Tenggara meraih piala itu setelah mengalahkan kelab Tajikistan, FC Istiklol, 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan, Oktober tahun lepas.