Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 2:44 PM UTC, Apr 18, 2019

ATP Dubai - Djokovic Catat Kemenangan Peribadi Kali Ke -700

  • Published in Sukan

Dubai - Jaguh Tenis Nombor 1 dunia, Novak Djokovic mara ke suku akhir ATP Dubai dengan kemenangan straight set ke atas pemain Tunisia Malek Jaziri. 

Kemenangan itu juga mencipta sejarah tersendiri bagi pemain Serbia itu dengan rekod kemenangan kali ke-700dalam tempoh 10 tahun. 

Djokovic menewaskan pemain nombor 121 dunia menerusi straight set 6-1, 6-2 dalam masa 1 jam, 5 minit. 

Dalam pusingan seterusnya, Djokovic bakal berdepan pilihan keenam, Feliciano Lopez dari Sepanyol. 

Djokovic merupakan pemain ketiga paling aktif di belakang Rafael Nadal dengan 775 kemenangan dan Roger Federer seribu 67 kemenangan.