Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Kes Rayuan Sazali Samad Perlukan Surat Rayuan Dari Majlis Sukan PDRM

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kes rayuan melibatkan atlet bina badan negara, Sazali Samad masih belum menemui jalan penyudah. 

Persekutuan Bina Badan Malaysia, PABM mahukan surat sokongan daripada majlis sukan Polis Di Raja Malaysia terhadap rayuan yang dikemukakan Sazali Samad. 

Penghujung Januari lalu, PABM menerusi setiausahanya, Kamaruzaman Kadir menyatakan masih meneliti bahan yang terkandung dalam surat rayuan yang dihantar Sazali Samad pada Januari. 

Jelas Kamaruzaman, surat tersebut telahpun diteliti oleh jawatankuasa rayuan persatuan namun memerlukan surat sokongan daripada Majlis Sukan PDRM. 

Jaguh bina badan negara, Sazali Samad, dijatuhkan hukuman penggantungan 4 tahun oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia selepas didapati mengambil bahan terlarang hujung tahun lalu. 

Mr Universe 10 kali itu telahpun menghantar rayuan kepada persatuan bagi meringankan jumlah hukuman yang dikenakan pada awal Januari.