Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:55 AM UTC, Apr 19, 2019

Mike Mulvey Diarah Memangku Jawatan Sebagai Jurulatih

  • Published in Sukan

Terengganu - Haji Ahmad Yusof menjadi jurulatih pertama direhatkan musim ini selepas 2 perlawanan liga dan satu perlawanan Piala FA. 

Tindakan drastik Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT itu jelas mengejutkan dengan pengarah teknikal, Mike Mulvey diarah memangku jawatan tersebut. 

Bagi Mulvey, beliau akur dengan kehendak serta tanggungjawab diberikan PBSNT, yang pastinya mahu mengembalikan semula keyakinan peminat skuad Peteh. 

Mulvey yang ditemui selepas sesi latihan ini juga mengingatkan para pemainnya meningkatkan kecergasan. 

Mereka juga harus memberi komitmen seratus peratus, baik ketika turun berlatih mahupun ketika beraksi di padang. 

Sabtu ini, Terengganu bakal menerima kunjungan juara Piala Sumbangsih 2016 yang juga juara liga musim lalu, JDT. 

Bagi Mulvey, skuad harimau selatan itu merupakan antara pasukan terbaik di negara ini dan mempunyai  mempunyai para pemain yang seimbang di semua bahagian posisi.