Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 10:38 AM UTC, Feb 17, 2019

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia - Skuad Wanita Negara Mara Ke Suku Akhir

  • Published in Sukan

India - Skuad wanita negara mara ke suku akhir selepas bintang muda negara, Goh Jin Wei, menyumbang mata kemenangan, menewaskan Hong Kong, 3-2. 

Beraksi dalam kumpulan A, Jin Wei menggalas tanggungjawab besar selepas Malaysia terikat 2 sama dengan Hong Kong. 

Juara Remaja Dunia 2015 itu beraksi baik sekaligus berjaya menyingkirkan pemain Hong Kong, Ng Wing Yung dengan straight set, 21-6, 21-13. 

Kemenangan itu membolehkan Malaysia melangkah ke suku akhir walaupun berbaki satu lagi perlawanan penentuan juara kumpulan menentang China, hari ini.