Sunday, February 17, 2019
vital-top
updated 2:09 PM UTC, Feb 17, 2019

Bayar Gaji Ikut Kemampuan Pasukan - Khairy

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta semua pasukan dan kelab bola sepak supaya tidak menawarkan kontrak di luar kemampuan kewangan. 

Tindakan tersebut boleh menyebabkan berlakunya masalah tunggakan gaji pemain serta menimbulkan krisis dalaman kelab atau pasukan bola sepak. 

Tambah beliau lagi, pihak pengurusan juga perlu memainkan peranan yang penting dalam pengurusan kewangan terutamanya kelab atau pasukan yang memburu pemain yang meminta tawaran gaji yang tinggi. 

Khairy turut memuji tindakan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia, PBATM, yang berjanji akan membayar tunggakan gaji pemain dalam tempoh sebulan atau tidak melangkaui 90 hari yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 

Pada 9 Februari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Izham Ismail meminta PBATM melunaskan tunggakan gaji pemain berjumlah 3.7 juta ringgit.