Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 12:08 PM UTC, Apr 21, 2019

Belum Ada Keputusan Untuk Tidak Hadir Ke Sukan Olimpik Brazil

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kementerian Belia dan Sukan sedang memantau secara berterusan sama ada untuk menghantar atlet negara ke Brazil berikutan penularan virus Zika ketika ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Malaysia masih belum membuat apa-apa keputusan untuk tidak hadir ke temasya sukan Olimpik itu. 

Penasihat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz sebelum ini menasihatkan pihak yang terbabit dalam sukan di negara ini untuk mengelak menghantar atlet negara ke Amerika Selatan berikutan penularan virus Zika. 

Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) serta persatuan sukan perlu mengadakan perbincangan berkaitan situasi terkini virus itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Sidang Kemuncak Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan, NALS di PWTC, Kuala Lumpur.