JDT Pertahan Piala Sultan Ahmad Shah Kalahkan Selangor 7 - 6
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Sukan
Johor Baharu - Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mempertahankan Piala Piala Sultan Ahmad Shah setelah mengalahkan Selangor 7-6 menerusi sepakan penalti di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.
Perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat permainan sebenar, keputusan yang diambil kira untuk saingan Liga.
Pasukan JDT memastikan gelaran tersebut menerusi sepakan yang disempurnakan Safiq Rahim, Mohd Nazrin Mohd Nawi, Hariss Harun, Mohd Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak dan S. Kunanlan.
Pertahanan Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham mengecewakan pasukannya selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir.
Perlawanan itu ditonton kira-kira 25,000 penonton.