Monday, February 18, 2019
vital-top
updated 2:45 PM UTC, Feb 17, 2019

Pemain Terbaik Bulanan Dapat Ganjaran Wang Tunai

  • Published in Sukan

Shah Alam - Pemain Terbaik Bulanan Liga Malaysia (Liga M) bakal menerima hadiah wang tunai lebih tinggi musim ini menerusi Anugerah anjuran Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM). 

Penghargaan itu diberikan kepada pemain terbaik Liga Malaysia secara bulanan yang dipilih media, PFAM dan rakan penaja secara undian dalam talian. 

Musim lalu, pemain terpilih hanya menerima trofi dan gambar sumbangan All Sports Images and News Agency (asiana.my) dan wang tunai RM 500.

Tahun ini, MVP Sports Agensi meningkatkan jumlah berkenaan kepada RM 1500 selaras dengan objektif PFAM yang mahu mewujudkan suasana persaingan positif di kalangan pemain di Malaysia. 

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan bermula Mei tahun lalu dengan Wan Zaharulnizam Zakaria dari Kelantan muncul sebagai pemain pertama menerima trofi berkenaan. 

Pemain import Terengganu Issey Nakajima-Farran memenangi anugerah berkenaan sebanyak dua kali, manakala empat lagi pemain ialah Nurridzuan Abu Hasaan (Perak), Sandro da Silva (Kedah), Luciano Figueroa dan Safiq Rahim (JDT). 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail, purata 2,000 peminat mengundi setiap bulan menerusi laman www.pfam.my dan dia mensasarkan lebih ramai peminat bola sepak tempatan terbabit dalam pemilihan berkenaan. 

Izham ditemui di Shah Alam pada majlis pengumuman anugerah berkenaan siang tadi.